Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Rasuah: 2 ADUN Sabah, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Khas, di Kota Kinabalu pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy serta Datuk Tei Jiann Cheing atau dikenali sebagai Albert Tei membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736263/berita/semasa/2-adun-sabah-ahli-perniagaan-mengaku-tidak-bersalah-dakwaan-rasuah

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rasuah #Sabah #SkandalrasuahSabah #AdunSabahc
Transcript
00:00Dua Adun Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Khas di Kota Kinabalu pada Isnin.
00:10Adun Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yaakob dan Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Surya Dibandi serta Datuk T. Jiang Cheng atau dikenali sebagai Albert T. membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Jason juga selepas pertuduhan dibacakan.
00:25Menurut pertuduhan Yusof, 69 tahun pada jam 2 petang 6 Mac 23, disubara restoran hotel di Kota Kinabalu telah menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 daripada tertuduh Jiang Cheng, 37 tahun.
00:44Wang tersebut sebagai dorongan untuknya membantu menguruskan permohonan sebuah syarikat bagi mendapatkan lesen cari gali mineral di Sabah.
00:52Sehubungan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16 kurungan A kurungan A akta SPRM 2009 akta 694 yang boleh dibukum di bawah Seksyen 24 kurungan 1 akta sama.
01:08Mahkamah membenarkan jaminan RM50,000 dan tertuduh diarahkan melaporkan diri ke pejabat SPRM 2 bulan sekali menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendawaan.
01:21Sementara itu Andi Muhammad Suryadi 44 tahun dituduh menerima suapan wang tunai sebanyak RM150,000 daripada tertuduh sama dengan tujuan sama.
01:33Tetuduh yang juga pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah didakwa di bawah Seksyen 16 kurungan A kurungan A akta SPRM 2009 akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 kurungan 1 akta sama.
01:53Mahkamah membenarkan jaminan RM50,000 dan tertuduh diarahkan melaporkan diri ke pejabat SPRM 2 bulan sekali menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendawaan.
02:07Di bilik mahkamah sama Albert berdepan 2 pertuduhan melakukan suapan sebanyak RM200,000 kepada Dr. Yusuf dan RM150,000 kepada Andi Muhammad Suryadi.
02:19Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 16 kurungan B kurungan A akta SPRM 2009 akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 kurungan 1 akta sama.
02:35Mahkamah turut menetapkan wajah minan sebanyak RM50,000 manakala pertuduhan kedua wajah minan sebanyak RM60,000.
02:435 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh pra-perbicaraan pengurusan kes.
02:49Terima kasih kerana menonton!

Recommended