Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kerajaan sedia terima teguran berhubung sistem percukaian - Anwar

Kerajaan sentiasa mengamalkan keterbukaan dan sedia menerima sebarang teguran berhubung sistem percukaian, tetapi ia perlu berlandaskan kepada fakta yang tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Anwar berkata sebarang kritikan adalah diterima, tetapi perlu melalui saluran betul serta tidak bersifat fitnah dan berunsur maki hamun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736253/berita/nasional/pm-tegur-mahasiswa-sebar-dakwaan-tidak-tepat-isu-kenaikan-elektrik

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #PM #KerajaanMadani #AnwarIbrahim #SST #Cukai
Transcript
00:00Saya lihat ada beberapa mahasiswa, dia mengeluh katanya kadar elektrik naik.
00:04Saya tak faham.
00:06Mungkin dia, betul saya tidak tahu.
00:08Dia ini mewakili, selalu saya sebagai pejuang mahasiswa dulu, kita kata kita ini conscience of the majority.
00:15Mewakili hasrat perjuangan hati nurani rakyat terbanyak.
00:21Tapi, kadar elektrik tak naik.
00:25Melainkan bagi yang 10-15% teratas.
00:28Apakah benar dia terkesan?
00:31Umpamanya, kita universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa.
00:39Kalau benar, itu kita harus betulkan.
00:41Yang saya tahu, universiti dikecualikan, universiti awam dikecualikan.
00:48Jadi, hal-hal ini dijadi sebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah.
00:55Ruang maki hamun.
00:56Jadi, kena saya harap saudara-saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita, itu memberikan fakta.
01:05Saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik.
01:08Kalau boleh, jangan ada cukai sama sekali.
01:10Lebih baik bayangkan satu negara yang tidak ada cukai sama sekali.
01:14Tak adalah sekolah pun.
01:18Tak adalah naik gaji menjauh awam.
01:21Cukai tak ada.
01:23Jadi, cukai yang bagi kita.
01:26Kalau boleh, jangan bebankan rakyat banyak.
01:29Sebab itu, kadar elektrik yang dikutuskan oleh negara-negara menteri, oleh jemaah menteri,
01:34itu, elak daripada membankan.
01:38Tapi, andai kata ada satu-dua yang terkena.
01:42Wallah, boleh kita baiki.
01:45Tapi, untuk menyatakan kami menentang kenaikan elektrik ini, cukai-cukai bertambah, saya betul tak betul.
01:53Begitu saja macam SST.
01:54Bila kita kenalkan pada buah-buahan import,
01:59saya fikir sampai masa tanah subuh, boleh tanam apa pun belakang rumah.
02:06Maka, kita mula dengan kadar yang ambil keputusan yang ketat.
02:10Iaitu, jangan kenalkan sedikit tarif ataupun cukai bagi buah-buahan import.
02:20Kemudian, Tuk Zizahid dan rakan-rakan, ada yang mengatakan,
02:24Apple, limau, kurma.
02:27Apple, limau, kurma.
02:30Itu tiga yang Tuk Zizahid makan.
02:33Jadi, dia kata, jangan kenalkan itu.
02:36Jadi, saya pergi cek balik dengan kementerian, kewangan.
02:40Ada, sahabat saja kerana limau yang agak murah.
02:43Jadi, kita boleh kecualikan? Boleh.
02:46Walaupun, umumnya saya katakan, jarang berlaku di mana
02:49Kementerian Kewangan bila buat keputusan, dia nak ubah suai dalam masa yang singkat.
02:54Tapi, kita boleh dengar.
02:55Macam kurma, tahun depan bila Ramadhan.
02:59Jadi, kita rasa ramai yang gunakan.
03:02Jadi, boleh kita ubah suai.
03:04Tapi, untuk mengatakan bahawa yang membagi rakyat,
03:07itu, kita harus teritilah.
03:10Dan, begitu juga dengan syarikat-syarikat SMEs ini.
03:17Yang terutama yang peringkat kecil.
03:18Dia minta threshold itu, RM500,000 terlalu rendah.
03:22Jadi, kita naikkan lagi.
03:24Dia minta satu setengah juta.
03:25Kita naikkan.
03:26Jadi, satu juta.
03:27Itu dah diumumkan.
03:29Jadi, saya minta cuma, boleh tegur.
03:32Tapi, biarlah tengok faktanya dan keperluan kita dalam negara ini.
03:48Sampai jumpa.

Recommended