Reman suspek bunuh wanita hamil disambung tujuh hari
Tempoh reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di Pasir Mas pada 3 Jun 2022 lalu, disambung selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.
Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
00:00Tempoh Rehman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di kampung Repet di Pasir Mas pada 3 Jun 2022 lalu
00:09disambul selama 7 hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos. Perintah sambung Rehman itu dikeluarkan oleh Magistrit Syed Farid Syed Ali.
00:19Permohonan Rehman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
00:27Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah kompleks Pasir Mas dengan menaiki keduaan polis kira-kira jam 8.42 pagi.
00:37Sini hari yang sebelum ini melaporkan seorang wanita hamil 7 bulan maut ditembak di bahagian perut dalam kejadian di kampung Teresek Repet.
00:44Mangsa Farah Amirah Mazlan 26 tahun yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.