Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Dua beradik didakwa culik, cederakan lelaki dihumban dalam lori

Seorang kelindan lori dan adiknya penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin, atas dua kesalahan melarikan dan mencederakan seorang penunggang motosikal yang dihumban ke dalam sebuah lori, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Tertuduh, V Kirtik Ram, 19, dan V Theshvinram, 18, membuat pengakuan itu selepas didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740684/berita/semasa/dua-beradik-didakwa-culik-cederakan-lelaki-dihumban-dalam-lori

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesculik
Transcript
00:00Seorang kelindan lori dan adiknya penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Shah Alam pada Isnin
00:06atas dua kesalahan melarikan dan mencederakan seorang penunggang motosikal yang dihumban ke dalam sebuah lori minggu lalu.
00:13Tertuduh, V. Kirtik Ram, 19 tahun berbaju hijau, sementara V. Teshwin Ram, 18 tahun berbaju coklat,
00:20membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Magistret, Muhammad Reza Azhar Razali.
00:25Mengikut pertuduhan pertama, mereka bersama seorang lagi lelaki didakwa melarikan pemandu lori, Muhammad Azwar Danish Rosmadi 21 tahun
00:34dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah di Jalan Persiaran Pucung Permai, Bukit Pucung pada jam 6.38 petang, 22 Julai lalu.
00:44Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:50Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa dengan memukulnya di lokasi, masa dan tarikh sama.
01:00Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan
01:06dan mahkamah menetapkan 8 September depan untuk sebutan semula kes.
01:10Sebelum ini, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan kes melarikan seorang penunggang motosikal
01:19dan menghumbankan ke dalam sebuah lori di Jalan Persiaran Pucung Permai pada petang selasa minggu lalu.
01:25Video berdurasi 15 saat berkenaan tular di media sosial memaparkan beberapa lelaki bergelut dengan mangsa di kenderaan terbabit.
01:32Terima kasih kerana menonton!

Recommended