Ceroboh tanah Kerajaan Persekutuan: 465 kes sejak 2015
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan sebanyak 465 kes pencerobohan tanah milik Persekutuan direkod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) antara tempoh 2015 sehingga Mei lalu.
Beliau yang pernah menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, memaklumkan jumlah keluasan tanah dimiliki Kerajaan Persekutuan adalah 215,406 hektar.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad mengenai jumlah tanah milik kerajaan Persekutuan yang diceroboh di seluruh negara dan khusus di Pulau Pinang, sewaktu sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
00:00Puan dan Pertua, untuk maklumat yang berhormat, berdasarkan rekod dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persetuan ataupun JKPTG, terdapat 465 pencerobohan di atas tanah milik persetuan dari tahun 2015 hingga Mei 2025.
00:19465 pencerobohan.
00:22Untuk pengetahuan yang berhormat, jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persetuan ialah 215,406 hektare.
00:38Untuk kes di Pulau Pinang, daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 aduan adalah melibatkan pencerobohan tanah milik Kerajaan Persetuan di Pulau Pinang yang melibatkan 18 lot tanah.
00:56Bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah milik persetuan, JKPTG akan melaksanakan penyelarasan bersama-sama dengan agensi penguatkuasaan dan kementerian serta Jabatan Pengguna.
01:10Dalam hal ini, notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara akan dikeluarkan kepada penceroboh bagi tujuan pengusungan tapak.
01:19Seterusnya, KJP di atas tanah tersebut hendaklah mengambil tindakan mengawal bagi mengelakkan pencerobohan berulang.
01:30Setiap tanah milik persetuan telah mempunyai perancangan pembangunan berdasarkan Rancangan Malaysia.
01:35Walaubagaimanapun, pembangunan tanah-tanah tersebut adalah berdasarkan keutamaan dan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persetuan.
01:42bagi memastikan tanah milik persetuan digunakan secara optimum, JKPTG melaksanakan kaedah tukar guna kepada kementerian dan juga agensi persetuan lain yang memerlukan serta melaksanakan kaedah sewa dan pajakan tanah.