Lelaki berdepan 58 pertuduhan, tipu rakan lama cecah RM1.3 juta
Seorang bekas kakitangan sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di Sungai Petani pada Isnin atas 58 pertuduhan membabitkan kes penipuan berjumlah kira-kira RM1.3 juta yang didakwa berlaku lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Tertuduh, V Elenggo, 56, berasal dari Seremban, memohon dibicarakan atas semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
00:00Seorang bekas kakitangan sebuah sekolah antarabangsa di Ibu Negara mengaku tidak bersalah di dua mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Isnin atas 58 pertuduhan membabitkan kes penipuan berjumlah kira-kira RM1.3 juta yang didakwa berlaku lima tahun lalu.
00:16Tertuduh, V. Elinggo, 56 tahun berasal dari Seremban, memohon dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Magistrat, Muhammad Syaiful Akmal Muhammad Razzi dan Magistrat, Muhammad Azlan Basri.
00:28Mengikut pertuduhan, beliau didakwa telah memperdaya mangsa yang merupakan bekas rakan sekolahnya, T. Chandrarajan, 56 tahun, bagi membiayai pelbagai jenis projek fasiliti di sekolah antarabangsa tersebut antaranya melibatkan kerja-kerja pemasangan sistem dan peralatan kemudahan.
00:45Perbuatan tersebut mendorong mangsa, seorang ahli perniagaan dari Kedah, menyerahkan wang secara berperingkat melalui pemindahan secara dalam talian ke beberapa akaun bank berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Februari hingga Julai 2020.
01:01Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Sebutan Semula Kes pada 14 Ogos depan.