Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Dua pegawai penguat kuasa ditahan terlibat kegiatan 'flying passport'

Dua pegawai penguat kuasa ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku 'flying passport' di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru malam Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI, Roszita Dim berkata, penahanan kedua-dua pegawai melibatkan seorang penyelia berusia 49 tahun dan pegawai Penguatkuasa berusia 31 tahun itu dibuat oleh pasukan Unit Pematuhan AKPS BSI sekitar jam 7.30 malam pada Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740430/berita/semasa/dua-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-terlibat-kegiatan-flying-passport

----------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“… 25โ€“27 Julai
๐Ÿ•˜ 9 pagi โ€“ 12 tengah malam
๐Ÿ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

#SinarHarianย #SinarTerkini #KarnivalSiangMalam #kesflyingpassport #AKPS #CIQ
Transcript
00:00Pegawai penguatkuasa ditahan di kompleks kustom, immigration dan kuarantin CIQ bangunan Sultan Iskandar BSI kerana disyaki terlibat kegiatan flying passport
00:14Kalau masa mesin ni macam pasport kembang lah ya
00:17So baru 26 Julai 2025, dua orang pegawai penguatkuasa telah ditahan di kompleks CIQ bangunan Sultan Iskandar pada malam 25 Julai 2025 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku flying passport
00:37Selepas satu pemantauan yang bermula pada jam 3 petang telah dijalankan terhadap kumpulan yang bertugas
00:46Penahanan dibuat pada kira-kira jam 7.30 malam oleh pasukan unit pematuhan AKPS-PSI setelah mengesan beberapa kemasukan data pelawat yang meragukan
01:01Melalui ID pengguna seorang pegawai yang bertugas di kaunter zun kereta
01:08Unit pematuhan AKPS-PSI turut mengesan data pelawat asing yang berada dalam kategori pelawat bermasalah yang memerlukan tindakan pembetulan galat oleh penyelia yang bertugas
01:24Dan pada jam 9 malam, unit pematuhan AKPS-PSI telah mengesan tindakan pelepasan galat terhadap data pelawat yang bermasalah itu
01:36Yang telah dilakukan melalui ID seorang penyelia yang bertugas di zun motosikal
01:43Masih tindakan pemeriksa yang telah dijalankan di kaunter kereta telah menemukan wang tunai bergumlah RM2,800
01:54RM2,800 serta 2 unit talibun bimbit dalam simpanan pengawai Pak Pasar
02:02Soal siasat yang dijalankan telah berjaya membawa kepada penyemuan sejumlah 11 naskah pasport warga negara People's Republic of China
02:13DRC dan 3 naskah pasport warga negara Indonesia dalam sebuah beg berwarna hitam yang disembunyikan di atas shilling kaunter yang berlainan
02:24Jadi ada 14 pasport semuanya
02:27Unit pematuhan AKPS-PSI turut membuat pemeriksaan di kaunter penyelia zun motosikal
02:34Yang dimana terdapat seorang penyelia yang sedang bertugas
02:37Dan hasil pemeriksaan telah menemukan 2 unit talibun bimbit yang segerusnya dirampas untuk siasatan lanjut
02:45Kedua-dua pegawai tersebut telah ditahan oleh unit pematuhan AKPS-PSI
02:50Dan diserah kepada SPRM Negeri Johor untuk tindakan lanjut
02:54Kes juga telah dilaporkan kepada unit integriti AKPS Utrajaya
02:59Terima kasih telah menonton!

Recommended