Pembantu penguat kuasa JPJ tidak mengaku minta, terima suapan RM1,000
Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,000 pada November tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Faizul Azizin Abdul Wahid, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Mengikut pertuduhan pertama, Faizul yang bertugas di JPJ Negeri Sembilan didakwa cuba memperoleh wang tunai RM1,000 secara rasuah daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas sebuah kenderaan yang tidak mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tidak lulus pemeriksaan Puspakom.