Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan untuk memansuhkan bayaran tol bukan langkah yang mudah kerana perlu mengambil kira implikasi dana besar terpaksa ditanggung kerajaan.
Menurutnya, isu dana akan timbul terutama apabila kerajaan perlu mencari dana yang cukup besar sebagai contoh bagi tujuan penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang mana ia dianggar mencecah berbilion ringgit.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Kita kerajaan ini sekarang, dulu kita bersama-sama di sana, kita dengar betul, tapi sekarang saya di sini sebagai kerajaan, kita pandangkan, bukan mudah nak mansuhkan tol ini.
00:14Kerana kalau tol ini dimansuhkan, kerajaan pastikan mencari dana yang besar untuk buat kerja-kerja penjenggaraan sekurang-kurangnya.
00:26Jadi untuk ketujuan ini memang memerlukan dana yang besar, bilion-bilion ringgit.
00:33Jadi kalaulah ia begini, kita boleh bayangkan dana kerajaan ini mungkin boleh digunakan untuk lain.
00:42Di Terganu, di Kelantan, di Sarawak, Sabah, yang mereka tak menggunakan jalan lemuraya ini.
00:50Jadi pandangan saya, mungkin kerajaan pun tengok begini sekarang, kita tak perlu mansuhkan.
00:58Cuma kalau tempoh syarikat-syarikat ini dah mencapai keuntungan ataupun ROI, return on investment mereka, bolehlah.
01:11Masa itu nanti kadar tol yang boleh dikatakan berbebankan sekarang, diturunkan.
01:15Itu lebih praktikal dan realistik, ya.
01:19Tapi untuk menjawab mengapa tidak dimansuhkan, bagi saya inilah pandangan.
01:24Mungkin kita tak perlu mansuhkan.
01:26Demi kebaikan ke seluruh negara kita, termasuk di Terganu, mungkin di Sabah dan Sarawak.
01:33Yang ramai kita tak menggunakan lemuraya ini.