Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Lelaki tunjuk kemaluan maut dibelasah orang ramai

Seorang penganggur maut didakwa dipukul secara beramai-ramai yang berang dengan tindakan mangsa menunjukkan kemaluan di khalayak ramai di pakir sebuah pasar raya di Bandar Jasin Bestari, Jasin pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 malam, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah kira-kira 200 meter dari lokasi dia melakukan ganggu seksual itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal, tindakan mangsa telah menyebabkan dua individu yang berada di kawasan itu marah lalu memukul lelaki itu sebelum mangsa berjaya melarikan diri ke arah bangunan kedai berdekatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740733/berita/semasa/lelaki-tunjuk-kemaluan-maut-dibelasah-orang-ramai

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mautdibelasah #kespukul #PDRM
Transcript
00:00Sebab satu lelaki yang telah meninggal dunia kerana telah dipercayai telah dipukul oleh orang ramai.
00:06Kejadian ini berpunca pada jam lelaki dalam 7.30 ke 8 malam yang bermula di tempat lot kereta
00:14yang mana suspek ini telah menunjukkan kemaluan di layak ramai di public parking, tempat-patir kereta
00:23dan ini telah disedari oleh orang ramai dan telah mengejar suspek.
00:28Suspek yang itu si mati, eh mangsa itu yang si mati ini lah.
00:32Kemudian si mati ini telah pada masa kejadian terdapat dua orang yang telah memukul suspek pada awalnya,
00:39memukul mangsa pada awalnya dan mangsa telah melarikan diri ke kedai yang berdekatan
00:47tapi telah dipukul juga dan mangsa telah melarikan diri seterusnya ke kawasan semak dan telah melintasi sungai
00:55dan apabila orang ramai telah mengejarnya, telah mengejar mangsa
00:59dan mereka telah menjerit, meminta bantuan orang-orang lain
01:02dan di situ terdapat beberapa orang yang di seberang longkang itu telah memukul mangsa untuk seterusnya
01:09yang kemudian didapati mangsa telah mengalami kecederaan yang terkebut dipukul oleh orang ramai
01:18dan setakat ini kita telah menangkap selamai tujuh orang suspek.
01:22Setakat ini yang kita tahu tujuh orang lah, tujuh orang yang kita telah tangkap.

Recommended