‘Pasport Terbang’: Empat pegawai CIQ direman enam hari
Empat pegawai penguat kuasa direman enam hari sehingga 1 Ogos 2025 kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 ketika bertugas di kaunter penyeliaan zon masuk motosikal sempadan Johor-Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohammad Izham Mohd Aliyas setelah permohonan dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 pada pagi Ahad.
00:00Empat pegawai penguatkuasa di reman enam hari sehingga 1 Ogos 2025 kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 ketika bertugas di kaunter penyeliaan Zon Masuk Motosikal Sempadan Johor Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin CIQ Bangunan Sultan Iskandar, BSI.
00:19Perintah Rehman itu dikeluarkan penolongkanan pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Mohd Izzam Mohd Alias setelah permohonan dikemukakan oleh SPRM mengikut Seksyen 17-A Akta SPRM 2009 pada pagi ahad.
00:35Kesemua suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an tiba di mahkamah pada jam 9.18 pagi dengan berpakaian lokap warna jingga dan diiringi pegawai SPRM.
00:47Terdahulu, dua pegawai penguatkuasa ditahan unit pematuhan agensi kawalan dan pelindungan sempadan AKPS dalam satu pemeriksaan mengejut kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku paspot terbang di Kompleks CIQ BSI pada Jumaat.
01:05Susulan tangkapan itu, dua lagi pegawai penguatkuasa turut ditahan kerana disyaki bersubahat dalam kegiatan sama.
01:12Hasil pemeriksaan terhadap suspek, sebanyak 14 paspot milik warga asing, 4 telefon bimbit serta wang tunai berjumlah kira-kira RM3,000 yang dipercayai hasil aktiviti rasuah berjaya ditemukan.
01:26Malah dipahamkan, bayaran sekitar RM200 dikenakan bagi setiap paspot yang dicob tanpa kehadiran pemilik dan kesemua suspek dipercayai menerima imbuhan hasil perbuatan tersebut.
01:39SPRM kini turut menyiasat kemungkinan wujud pembabitan lebih ramai pegawai termasuk kewujudan sindiket lebih besar di sebalik kegiatan berkenaan.