Polis Sabah tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kes Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama di Papar, yang meninggal dunia sehari selepas insiden terjatuh dari bangunan yang dilaporkan berlaku di kawasan asrama sekolah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan ketika ini menjurus kepada dua elemen berkaitan.