Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Dua individu termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di George Town hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar dan melempar mercun ke sebuah restoran hingga menyebabkan kerosakan minggu lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Khoo Teng Chi 32 tahun dan Joanne Lim 37 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lemparmercun
Transcript
00:00Dua individu termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session di Georgetown hari ini
00:05atas pertuduhan melakukan kianat dengan membakar dan melempar mercun ke sebuah restoran hingga menyebabkan kerosakan minggu lepas.
00:14Fu Teng Chi, 32 tahun dan Joanne Lim, 37 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dihadapan Hakim Irwan Suaimben.
00:24Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan perbuatan kianat dengan menggunakan bahan letupan iaitu mercun dengan cara membakar dan melemparkannya ke premis milik seorang wanita
00:35hingga menyebabkan kerosakan dengan jumlah kerugian RM34,800.
00:40Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Pahang di Georgetown pada pukul 5.19 pagi 23 Julai lepas.
00:49Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama
00:56yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
01:03Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi.
01:15Mahkamah turut menetapkan 2 September untuk sebutan semula kes.

Recommended