Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pekerja kedai didakwa pecah amanah wang koperasi

Seorang pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik koperasi berjumlah hampir RM200,000, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, Noorazwin Zullkifli, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740831/edisi/melaka-ns/pekerja-kedai-didakwa-pecah-amanah-wang-koperasi

#SinarHarian #BeritaSemasa #kespecahamanah #reman #mahkamah
Transcript
00:00Seorang pekerja kedai serbanaka dihadapkan ke Mahkamah Session Seremban pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik koperasi berjumlah hampir RM200,000.
00:10Tertuduh, Noorazwin Zulkifli, 36 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
00:19Mengikut pertuduhan, Noorazwin yang ketika itu bertugas sebagai kerani di Koperasi Berkenaan didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan wang berjumlah RM199,491.79 secara dalam talian.
00:35Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2 Februari 2023 hingga 22 Mac 2024 di Medan Koperasi Bandar Enstek, Nilai.
00:44Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 September depan.

Recommended