Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Dua pegawai kanan polis negeri dan seorang pesara polis direman selama tujuh hari bermula Selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 sebagai balasan untuk tidak mengganggu serta melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar Pahang, lapor wartawan Sinar Harian, Rosilawati Rosedi.

Perintah reman sehingga Isnin depan dikeluarkan oleh Majistret Tan Chiew King selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740836/berita/semasa/dua-pegawai-kanan-pesara-polis-direman-tujuh-hari

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesrasuah #reman #mahkamah
Transcript
00:00Dua pegawai kanan polis negeri dan seorang pesara polis di Rehman selama tujuh hari bermula selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 sebagai balasan untuk tidak mengganggu serta melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar Pahang.
00:17Perintah Rehman sehingga isnin depan dikeluarkan oleh Magistrat Tan Il King selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM di Mahkamah Magistrat Temerloh pada selasa.
00:28Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an telah ditahan, kira-kira jam 8.30 malam isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Temerloh.
00:41Jelasnya, menerusi siasatan awal pihaknya berjaya menahan empat suspek dan mendapati kesemuanya disyaki, bersubahat melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2022 hingga 2024.
00:53Sumber berkata, salah seorang suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan antara RM4,000 hingga RM5,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya yang kemudiannya diagihkan kepada tiga lagi suspek ke akaun bank peribadi masing-masing.
01:09Sementara itu, pengarah SPRM Pahang, Mohd Syukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009.

Recommended