Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pukul, ugut anak tiri: Peniaga direman sehari

Peniaga direman di Mahkamah Masjistret Melaka pada Isnin atas dakwaan memukul anak tiri dan mengugut menikam mangsa dengan pisau, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Perintah reman sehari terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret N Sivashangari.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740666/berita/semasa/peniaga-ais-direman-pukul-anak-tiri-ugut-tikam-dengan-pisau

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ugutpukulanaktiri #reman #mahkamah
Transcript
00:00Peniaga di Rehman di Mahkamah Magistrat Melaka pada Isnin atas dakwaan memukul anak tiri dan mengugut menikam mangsa dengan pisau.
00:08Perintah Rehman sehari terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan Magistrat N. Siva Syanggari.
00:15Sumber berkata, suspek dipercayai B. Rang dengan anak tirinya berusia 15 tahun yang meluahkan kekecewaan terhadap perkahwinan ibu kandungnya berusia 39 tahun dengan suspek sejak 4 tahun lalu.
00:27Menurutnya, luahan hati mangsa bagaimanapun didengari Abang Ipa Suri rumah berkenaan lalu dipercayai mengadu kepada suspek mengenai perkara yang diceritakan pelajar tingkatan 3 itu kepada ibunya.
00:39Kata Sumber, disebabkan perbuatan lelaki itu suspek telah hilang sabar lalu memukul mangsa menggunakan tangan di kepala dan badan.
00:48Jelasnya, ibu mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu namun suspek terus mengejar anak ketiga daripada 5 beradik berkenaan hingga ke ruang dapur.
00:56Menurut Sumber, ketika di dapur, suspek telah mengambil sebilah pisau pemotong sayur menyebabkan ibu remaja berkenaan panik dan menjerit meminta anaknya melarikan diri ke arah luar rumah.
01:07Namun, ujannya, selepas itu suspek meletakkan pisau di atas meja sebelum mengejar mangsa sehingga keluar rumah.
01:14Sumber berkata, suspek kemudian meminta istrinya menasihati remaja berkenaan supaya tidak mengulangi perbuatannya atau dia mungkin akan menikam mangsa jika kejadian sama berulang lagi.
01:25Bimbang keselamatan anaknya, wanita itu kemudian membuat laporan polis pada tengah hari Ahad sebelum suspek ditahan sepasukan polis dari bahagian D-11 siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak ibu pejabat polis kontingen IPK Melaka.
01:39Sumber berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended