Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Alor Gajah pada Jumaat atas tuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluan terhadap dua anak perempuan tiri berusia lima dan enam tahun antara Mei hingga Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Pekerja pembantu pemasaran produk kosmetik berusia 27 tahun membuat pengakuan itu sebaik tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740290/berita/semasa/lelaki-didakwa-cabul-tunjuk-kemaluan-depan-dua-anak-tiri

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! πŸŽ‰
πŸ“… 25–27 Julai
πŸ•˜ 9 pagi – 12 tengah malam
πŸ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #mahkamah

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session di Alur Gajah pada Jumaat atas tuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluan terhadap dua anak perempuan tiri berusia 5 dan 6 tahun antara Mei hingga Julai lalu.
00:13Pekerja pembantu pemasaran produk kosmetik berusia 27 tahun membuat pengakuan itu sebaik tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Aiza Khairuddin.
00:23Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia 5 dan 6 tahun dengan cara memegang kemaluan mangsa.
00:35Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak AKSTK 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika sabit kesalahan.
00:54Tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada dua beradik itu.
01:04Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 Kurungan A Kurungan IAKSTK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum 20,000 ringgit atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.
01:19Kesemua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik tidur dan bilik air di sebuah rumah di Alur Gajah pada waktu malam antara 11 Mei dan 5 Julai lalu.
01:29Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dekat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan 25 Ogos depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
01:49Terima kasih telah menonton!

Recommended