Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menangguhkan keputusan terhadap kes seorang wanita yang dituduh atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri (infantisid) selepas membuang bayi perempuannya dari tingkap sebuah apartmen pada lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Hakim Rofiah Mohamad kemudiannya menetapkan 8 Ogos ini untuk keputusan akhir kes melibatkan tertuduh, M Santhiea, 23.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740310/berita/semasa/wanita-campak-bayi-baru-lahir-dari-tingkap-apartmen-menangis-di-mahkamah

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! πŸŽ‰
πŸ“… 25–27 Julai
πŸ•˜ 9 pagi – 12 tengah malam
πŸ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #mahkamah #campakbayi

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menangguhkan keputusan terhadap kes seorang wanita yang dituduh atas pertuduhan pilihan membunuh anak sendiri, infantisit, selepas membuang bayi perempuannya dari tingkap sebuah apatmen lima tahun lalu.
00:15Hakim Rofiah Muhammad kemudiannya menetapkan 8 Ogos ini untuk keputusan akhir kes melibatkan tertuduh M. Santia, 23 tahun.
00:24Rofiah membuat keputusan itu bagi membolehkan mahkamah meneliti laporan sosial yang dikemukakan Pegawai Perintah Ihmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Timur Laut, Muhammad Zahir Harun, hujah oleh pihak pendakwaan serta rayuan daripada barisan pembilaan.
00:41Mahkamah sebelum itu ditangguhkan sebentar selepas tertuduh tidak dapat menahan emosinya setelah ditunjukkan gambar bayi dan barang-barang kes.
00:49Tertuduh dilihat menangis teresak-esak dan terpaksa ditenangkan oleh peguam yang mewakilinya, RSN Raya dan ibunya.
00:58Mahkamah kemudiannya bersidang semula selepas tertuduh kembali tenang.
01:02Tertuduh M. Santia yang ketika itu berusia 18 tahun, sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh pada tahun 2020,
01:11namun pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif atas faktor keadaan mentalnya selepas bersalin dan berdasarkan keterangan beberapa saksi.
01:20Mengikut pertuduhan baharu di bawah Seksyen 309A Kanun Keseksaan,
01:26tertuduh seorang wanita boleh disabitkan kesalahan infantisit sekiranya menyebabkan kematian anak yang baru dilahirkan ketika mengalami gangguan fikiran akibat belum pulih sepenuhnya daripada proses bersalin.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended