Empat ahli sindiket ditahan bersama dadah RM3.72 juta
Taktik licik sindiket dadah menggunakan sebuah rumah inap desa sebagai stor simpanan bunga ganja terbongkar apabila polis merampas lebih 112 kilogram (kg) dadah bernilai RM3.72 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah, George Town, baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 22 Julai jam 10 pagi hingga 3 pagi keesokannya.
Menurutnya, empat lelaki berusia antara 31 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi tersebut, terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga Vietnam.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
00:00Taktik licik sindiket dadah menggunakan sebuah rumah enap desa sebagai stor simpanan bunga ganjah terbongkar apabila polis merampas lebih 112 kg dadah bernilai RM3.72 juta dalam beberapa serbuan di sekitar seberang perai tengah baru-baru ini.
00:16Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontingen Pulau Pinang pada 22 Julai antara jam 10 pagi hingga pukul 3 pagi keesokannya.
00:35Empat lelaki berusia antara 31 hingga 39 tahun ditahan dalam operasi tersebut yang terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga Vietnam.
00:47Salah seorang suspek berperanan sebagai penghantar yang membawa bekalan dadah dari negara jiran.
00:53Dalam serbuan pertama di sebuah hotel di Bukit Mertajam, dua lelaki ditahan dalam bilik hotel manakala seorang lagi ditahan di lobi.
01:01Mereka menjadikan hotel tersebut sebagai lokasi transit, manakala rumah inap desa yang disewa dengan bayaran RM2,800 sebulan dijadikan store simpanan dadah.
01:13Hasil pemeriksaan di rumah inap desa tersebut, polis menemui tiga jenis bagasi yang mengandungi bungkusan plastik berisi bunga ganjah kering.
01:21Rampasan keseluruhan ialah 112.1 kg ganjah bernilai RM3.72 juta yang cukup untuk kegunaan 230,000 penagih.
01:33Tambah beliau, sindiket ini aktif sejak Mac tahun ini dan dadah tersebut dijangka untuk pasaran tempatan termasuk Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
01:42Ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis matemfitamin, manakala dua lagi positif dadah jenis amfitamin, ketamin dan benzo.
01:54Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.
01:58Mereka kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
02:07Polis turut menyita dua buah kereta dan sebuah motosikal dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM3.93 juta.