Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali, menyeru semua pihak agar meletakkan kepercayaan kepada proses perundangan susulan dakwaan terhadap pembantu menteri dan Adun GRS semalam.
00:00Timbalan Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah, Armizan Mahamad Ali menyeru semua pihak agar meletakkan kepercayaan kepada proses perundangan.
00:10Susulan pertuduhan rasuah ke atas seorang pembantu menteri dan seorang ahli Dewan Undangan Negeri Parti itu semalam.
00:17Dalam satu kenyataan, Armizan berkata, tiada pihak seharusnya membuat kesimpulan berdasarkan persepsi, sentimen atau laporan media yang bersifat berat sebelah.
00:28Belah turut menegaskan bahawa dalam isu berkaitan dawaan rasuah, ramai pemimpin daripada pelbagai parti telah terpalit sama ada daripada pihak pembangkang dan ada juga dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan.
00:42Namun begitu katanya, pemimpin GRS telah mengambil pendirian untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum atau rasmi mengenai proseding undang-undang yang melipatkan pemimpin daripada parti lain.
00:53Semalam, pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Andi Surya Dibandi serta Adun Sindumin, Dr. Yusuf Yaakob,
01:04telah didakwa menerima rasuah berkaitan permohonan lesin mencari gali mineral di negeri itu.
01:09Andi yang juga Adun Tanjung Batu daripada UMNO dan Yusuf daripada GRS,
01:14masing-masing didakwa menerima rasuah berjumlah RM200,000 dan RM150,000.