Apa yang berlaku kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam urusan kesnya di mahkamah ditanggapinya sebagai ujian yang akan mematangkan seorang pemimpin.
Kata Ahli Parlimen Muar itu, seseorang pemimpin bukan sahaja perlu celik dalam menggubal dasar malah mesti memiliki jiwa yang kental justeru beliau bersyukur kerana telah melepasi ujian tersebut.
Dapatkan video penuh Interviu, Apa rencana Syed Saddiq selepas ini? di semua platform digital Sinar Harian!
00:00Kalau saya tidak diuji pada umur yang muda dengan tekanan seperti ini, bagaimana saya nak diberikan harapan untuk memimpin negara, memimpin mua pada masa yang akan datang?
00:11Pada momen tersebut, saya rasa macam dunia nak terbalik. Saya tengok bila baca-baca komen pun, ramai orang tidak faham apa yang berlaku dalam kes ini.
00:19Tetapi saya rasa Allah SWT tidak akan menguji seseorang itu insannya kalau seseorang itu tidak boleh berhadapan dengan ujian tersebut.
00:28Kalau ujian itu diberikan, ada sebab mengapa ujian itu diberikan dan saya mungkin terlebih optimis.
00:34Saya terlebih optimis kerana saya rasa mungkin ujian ini ada sebabnya dan sedikit sebanyak saya dah faham.
00:40Kerana kalau saya tidak diuji pada umur yang muda dengan tekanan seperti ini, bagaimana saya nak diberikan harapan untuk memimpin negara, memimpin mua pada masa yang akan datang?
00:51Kerana lazimnya dalam dunia politik ini, kita bukan sahaja memerlukan pemimpin yang celik dalam bidang pengubalan dasar yang sentiasa santuni rakyat.
01:01Tetapi kita perlu ada pemimpin yang ada kekentalan yang tinggi. Semangat yang luar biasa.
01:07Walaupun ditekan tidak kira di dalam negara atau di luar negara, mereka akan sentiasa meletakkan kepentingan negara terdahulu daripada kepentingan dirinya, keluarganya, poketnya.
01:17Dan saya rasa sedikit sebanyak ujian yang saya lalui itu mendewasakan saya, mematangkan saya dan saya agak bernasib baik dan saya tidak lihatlah daripada sudut yang negatif.
01:30Alhamdulillah saya diberikan ujian ini oleh Allah SWT dan Alhamdulillah saya lepasi ujian ini.