Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kerajaan Selangor akan mendapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek, termasuk perundangan, bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu, berulang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia adalah proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil susulan insiden berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736458/edisi/selangor-kl/selangor-dapatkan-pakar-rangka-polisi-baharu-elak-kebakaran-paip-gas

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Amirudin #InsidenKebakaran #PutraHeights
Transcript
00:00Kerajaan Selangor kemenapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek termasuk perundangan bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paik gas di Putrahaid pada 1 April lalu berulang.
00:15Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata ia adalah proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil susulan insiden berkenaan.
00:24Kata Amiruddin perundangan itu dalam pelbagai peringkat boleh jadi undang-undang kecil, syarat baru dalam unit pusat setempat OSC jadi enakmen dan juga boleh jadi akta.
00:37Menurutnya Selangor akan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi meneliti laporan berhubung kebakaran paik gas itu dan merangka langkah jangka panjang disambil mencadangkan peraturan-peraturan baharu dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang.
00:54Dia berkata jawatan kuasa itu akan membabitkan petugas Kerajaan Negeri, Persekutuan, Petronas serta agensi-agensi teknik keberkaitan yang akan meneliti hasil siasatan lekat polis di Raja Malaysia PDRM dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKP pada 26 Jun lepas berhubung insiden kebakaran itu.
01:15Sebelum itu pada 1 April lepas 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan serutu melebihi 40%, 81 separa musnah 57% terkesan akibat kebakaran paik gas di Putrahaid manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di kampung tengah Pucung.
01:45Terima kasih telah menonton!

Recommended