Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
'Saya tidak akan merayu kepada UMNO, kekal dengan prinsip'- Hishammuddin

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau tidak akan mengemukakan merayu terhadap keputusan penggantungan keahlian parti.

Ini kerana Ahli Parlimen Sembrong itu berkeyakinan beliau tidak akan diadili sebaiknya selain tidak mahu menggadaikan prinsip dipegang selama ini.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/736503/berita/politik/saya-tidak-akan-merayu-kekal-dengan-prinsip--hishammuddin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #HisyamuddinHussein #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Bekas naik Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan penggantungan keahlian parti.
00:08Ini kerana ahli Parlimen Sembrong itu berkiakinan beliau tidak akan diadili sebaiknya selain tidak mahu menggadaikan prinsip dipegang selama ini.
00:17Justeru, beliau yang pernah memegang jawatan Menteri Kanan Pertahanan, akan terus mempertahankan prinsip perjuangannya selepas mendakwa dirinya digantung keahlian tanpa mengikut prosedur sepatutnya.
00:28Hishamuddin berkata, usul agar penggantungan beliau ditarik balik bukan datang daripada dirinya, tetapi daripada UMNO bahagian Sembrong sendiri.
00:37Menurutnya, menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk memberi jawapan dan memberi penjelasan kepada ahli UMNO bahagian itu bukan kepadanya.
00:45Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO diputuskan boleh mempertimbangkan sebarang rayuan dikemukakan oleh mana-mana ahli dikenakan tindakan disiplin selaras dengan fasal 20.1-2 Perlembagaan UMNO.
00:59Ia selepas UMNO bahagian Sembrong pada Sabtu lalu, sekali lagi membawa usul agar penggantungan terhadap Hishamuddin ditarik balik serta merta tanpa sebarang syarat.
01:08Hishamuddin berkata, dua tahun lalu, beliau digantung dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pada malam 27 Januari 2023.
01:18Jelasnya, tiga hari selepas itu, beliau baru dapat surat rasmi menyatakan dirinya digantung atas alasan melanggar fasal-fasal dalam Perlembagaan UMNO.
01:27Kata Hishamuddin, tiada sebarang penjelasan atau perincian lanjut dan hingga ke hari ini, beliau masih tidak dimaklumkan secara rasmi serta bertulis mengenai sebarang kesalahan spesifik yang didakwa telah dilakukan.
01:40Terima kasih kerana menonton!

Recommended