Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
'Kami dimalukan di media, kami akan bersihkan nama' - ADUN Sindumin

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menegaskan bahawa mereka tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah selepas didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, pada Isnin.

ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, mereka telah dimalukan menerusi laporan media, namun yakin dapat membersihkan nama mereka melalui proses perundangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736285/berita/semasa/kami-dimalukan-di-media-kami-akan-bersihkan-nama---adun-sindumin

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rasuah #Sabah #adunsabah #Skandalrasuahsabah
Transcript
00:00Saya ingin melegaskan dan yakin kami tidak bersalah dalam kisah rasuah ini.
00:09Mungkin kita telah banyak dihamiliasi dalam media dan melalui proses ini kami akan membersihkan nama kami melalui mahkamah.
00:20Jadi kami yakin dengan sistem keadilan dan proses mahkamah di negara ini.
00:25Jadi sekarang saya dan IBND istilahnya satu man or a person is innocent until proven guilty.
00:38Jadi kami tidak mahu ini mengganggu kami dan kami fokus dengan tugas kami sebagai wakil rakyat untuk sebuah kawasan dan juga tugas-tugas yang lain.
00:49Jadi kami yakin bahawa kami dapat membersihkan nama kami melalui proses mahkamah ini.
00:56Saya ingin tegaskan sekali lagi saya tidak bersalah dan akan menurut semualah prosedur di mahkamah ini.
01:05yang menunjukkan tinggi keraulatan undang-undang negara kita dan yakin proses perundangan akan berjalan dengan telus dan baik.
01:14Jadi dalam proses inilah saya akan sama-sama dengan Dr. Yusuf akan membuktikan kami ini tidak bersalah.
01:22Kami akan membersihkan nama kami dan insya Allah ia akan berjalan dengan baik.
01:27Dan sementara itu juga saya akan terus menjalankan amanah dan tanggung jawab sebagai wakil rakyat dan itu yang paling utamalah.

Recommended