Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 7/1/2025
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi

Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S Nimalan, 31, dan S Ravi Chandran, 53.

Bagaimanapun Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka, kepada hukuman penjara seumur hidup.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736476/berita/semasa/kes-bunuh-kevin-morais-mahkamah-persekutuan-kekalkan-hukuman-mati-bekas-pakar-patologi

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuh #karnivalsiangmalam
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi dan disabit dengan kesalahan membunuh timbalan pedawaraya Dato' Anthony Kevin Moraes pada 2015.
00:13Perni Tiga Hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tuan Tengku Mai Muntu Ahmad hari ini mengesahkan sabitah membunuh Tadak Kolonel Dr. Al-Kunasigaran 62 tahun, S. Nimalan 31 tahun dan S. Rawi Chandran 53 tahun.
00:31Bagaimanapun, Nimalan dan Rawi Chandran terlepas hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah tinggi kepada hukuman penjara seumur hidup.
00:43Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan, manakala Rawi Chandran dijatuhi hukuman penjara 40 tahun.
00:52Hakim Tuan Tengku Mai Muntu berkata, hukuman mati kena sigaran kekal kerana telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.
01:01Sementara itu, panel yang duduk di anggota Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskan dan Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Rozaria Hujang,
01:10melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu Ardini Syawaran 32 tahun, AKT Nash Kumar 31 tahun dan Wishawanat 34 tahun daripada pertuduhan.
01:23Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan ke-6 lelaki tersebut atas kesalah membunuh Morais sebuah lokasi sepanjang Jalan Duta Mas Peraya Sentul dan No. 1 Jalan USJ 176 di Subanjaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015.
01:43Raya mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mac tahun lalu.
01:48Morais yang dilaporkan hilang pada 4 September 2015, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta Kuala Lumpur ke Pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
02:02Mayat Morais ditemukan dalam Tondram diisi konkret di Perseran Subanjaya pada 16 September tahun yang sama.

Recommended