Ketika ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syed Saddiq berkata memang ada niat ke arah itu, namun dalam proses ke sana, ada privasi yang perlu dihormati.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, sementara itu biarlah kehidupan peribadinya kekal peribadi sehinggalah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua.
Dapatkan video penuh Interviu, Apa rencana Syed Saddiq selepas ini? di semua platform digital Sinar Harian!
00:00Ini soalan yang sebenarnya saya secara beri-bari tidak ingin tanyakan tetapi ramai yang meminta untuk ditanyakan tentang perancangan YB untuk mendirikan rumah tangga
00:08Saya tak sangka soalan ini ditanya, minta maaf
00:15Yalah, kawan-kawan Sina yang dah banyak bantu saya sebelum ini, saya cuba jawab as direct as I can lah
00:25Tipulah kalau saya nak kekal bujang selama-lamanya, memang ada niat perancangan dan perjalanan ke situ
00:32Tetapi dalam proses ingin membina rumah tangga sendiri, memang akan ada pasangan, keluarga, privasi yang perlu dihormati
00:43Dalam proses-proses tersebut, biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi sampai sudah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua
00:52Dalam perkara politik, I'm as open as I can
00:57Tapi boleh melibatkan bukan sekat saya tetapi orang lain, keluarga, lebih baik proses tersebut dihormati