Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
MBDK tolak permohonan projek memorial di Kampung Raja Uda

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menolak permohonan kebenaran merancang bagi pembinaan bangunan memorial empat tingkat dan sebuah pencawang di Kampung Raja Uda, Mukim Klang selepas mengambil kira bantahan penduduk serta beberapa isu teknikal, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Datuk Bandar Klang, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat minggu lalu untuk meneliti permohonan tersebut yang telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk sekitar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/736149/edisi/selangor-kl/bantahan-penduduk-berhasil-projek-memorial-4-tingkat-ditolak

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #MBDK #memorialempattingkat #KampungRajaUda
Transcript
00:00Semua telah mendapat bantahan daripada penduduk sekitar, daripada pelbagai saluran.
00:06Jadi pihak majlis Bandaraya Kelang telah pun mengadakan mesyuarat dan telah pun membuat keputusan
00:12untuk menolak kebenaran perancang tersebut, menolak penghunaan tersebut
00:18dengan beberapa sebab teknikal selain daripada bantahan daripada penduduk.
00:24Jadi walaupun pihak pemohon masih lagi mempunyai peluang untuk memohon ataupun
00:31memfalkan rayuan di lembaga rayuan yang diurusiakan di Jabatan Perancang Pandar dan Resa Negeri Sangor
00:38dan sekiranya mereka masih juga tidak berpuas hati dengan keputusan daripada lembaga rayuan tersebut
00:43dan mereka masih lagi boleh untuk memfalkan ke mahkamah untuk keputusan utama.
00:50Jadi dengan keputusan ini saya kira dapat memberi maklum kepada penduduk setempat
00:56bahawa pihak MDK telah pun melaksanakan proses-proses yang sesuaiannya dalam mempertimbangkan penghunaan tersebut.

Recommended