Lepas 50 tahun terpisah, bertemu jodoh di usia emas
Seorang wanita warga emas tidak menyangka akan bertemu jodoh buat kali pertama pada usia 77 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Azizah Alias, seorang pesara kerajaan, terbuka hati menerima Profesor Datuk Dr Md Sham Kassim, 81, sebagai suaminya selepas mereka kembali berkenalan melalui anak saudaranya yang juga bekas pelajar kepada profesor berkenaan.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kampung Lada di Rembau pada Sabtu.
00:00Seorang wanita warga emas tidak menyangka bertemu jodoh kali pertama pada usia 77 tahun.
00:06Azizah Alias yang merupakan pesara kerajaan terbuka hati menerima Prof. Dr. Mohd Syam Qasim 81 tahun sebagai suaminya
00:15selepas perkenalan semula melalui anak saudara yang juga bekas pelajar kepada Prof. Terbabit.
00:22Pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas di Kampung Lada di Rembau pada Sabtu.
00:28Menurut Azizah tidak sukar untuk beliau menerima pelawaan suami untuk mereka berkawan semula kerana telah mengenalinya ketika zaman sekolah dahulu.
00:40Zaman-zaman dulu itu kena-kena sedikitlah.
00:44Tapi bila anak saudara saya dah melalui anak saudara saya Dr. Zailan, dia yang merapatkan lagi hubungan kami.
00:54Itulah daripada situ bermulanya dan kita selalu berhubung.
00:58Tapi tak pernah jumpa.
00:59Ya, melalui saya berkenalan dengan dia sekali lagi melalui bantuan pelajar saya.
01:13Pelajar saya yang kebetulan ialah anak buah dia.
01:18dan oleh kerana itu saya mengetahui bahawa Azizah masih lagi berseorangan dan saya fikir saya tidak bersama dengan dia pada masa itu.