Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Siasatan itu dijalankan selepas SPRM menerima aduan daripada salah sebuah parti politik berkaitan perkara tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, SPRM telah menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.
00:00Surahan Jaya Penjagaan Rasuah Malaysia, SPRM memulakan sezatan berkaitan dawaan wujudnya amalan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKios oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT.
00:16Siasatan itu dijalankan selepas SPRM menerima aduan daripada salah sebuah parti politik berkaitan perkara tersebut.
00:24Pengarahkanan bahagian siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata SPRM telah menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.
00:35Jelasnya, pada masa yang sama, bahagian penyiasatan tata kelola BPT juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.
00:45Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut menyerahkan beberapa dokumen berkaitan projek ini.
00:58Tambahnya, dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amal rasuah dan penyelewengan dalam proses tender.
01:11Beliau berkata SPRM akan meneliti keseluruhan proses peta kelola bagi mengenalpasti sebarang kepincangan serta pelanggaran terhadap peraturan, sistem dan prosedur yang telah ditetapkan.
01:24Pada 20 Mei lepas, media melaporkan bahawa KPKT terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk SPRM berhubung ketelusan harga MyKios.