Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Yaacob.
Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan mangsa berusia 45 tahun dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.
00:00Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Melaka pada rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru.
00:11Tertuduh Herni Sofini Omar, 53 tahun membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Magistrat Uthman Abdul Ghani.
00:21Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan mangsa berusia 45 tahun dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.
00:33Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:45Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menyampaikan ubutan jenayah terhadap individu sama melalui surat tanpa nama yang menyembunyikan identiti.
00:58Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun selain daripada hukuman yang diperuntukkan jika sabit kesalahan.
01:05Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Jalan Meranti 3, Taman Sayang Selasi di Melaka, kira-kira jam 2 petang pada 27 Mac lalu.
01:16Tertuduh turut berdepan hukuman penjara 3 tahun, denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan gambar lucah wanita sama dalam telefon bimbit miliknya.
01:28Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.