Titah Adendum Najib tak dibangkit ketika mesyuarat pengampunan - PM
Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak dibangkitkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu boleh disahkan kerana beliau sendiri berada dalam mesyuarat itu.