Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dijangka menyumbang 108 tan metrik bawang bagi menampung keperluan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Menurutnya, bekalan yang bakal dituai pada pertengahan Ogos ini dihasilkan menerusi projek tanaman bawang melibatkan 51 peserta dari tujuh daerah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735707/Kelantan-bakal-sumbang-108-tan-metrik-bawang-untuk-keperluan-negara

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #tanamanbawang #MBKelantan #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Kelantan dijangka menyumbang 108 tan metrik bawang untuk menampung keperluan negara yang bakal dituai pertengahan Okus ini.
00:09Menteri Besar Dato' Muhammad Nasruddin Daud berkata, bekalan itu dihasilkan menerusi projek tanaman bawang melibatkan 51 peserta dari 7 daerah di negeri Kelantan yang melibatkan 37 lokasi projek.
00:22Tanaman seluas 27 hektare itu melibatkan peruntukan kira-kira RM1.4 juta dan bacok mencatatkan keluasan terbesar iaitu 4.6 hektare.
00:34Hasil tuayang bawang yang mengambil masa 75 hari itu dijangka membawa keuntungan lebih RM700,000 kepada penanam.
00:41Menurut Muhammad Nasruddin, Kelantan merupakan salah satu daripada enam negeri terpilih bersama Perak, Selangor, Perlis, Pulau Pinang dan Pahang untuk menjadi peneraju projek tanaman bawang.
00:51Projek ini dijangka menyumbang sehingga 30% berkelan bawang negara menjelang 2030.
00:58Pada 2022, Malaysia mengimport 185,400 ton metrik bawang penilai RM1.58 bilion dan ketika ini 100% keperluan bawang negara diimport dari India dan China.
01:11Tambah beliau, projek itu diharap menarik lebih ramai pelibatkan orang ramai dalam sektor pertanian sekaligus menjadikan Kelantan sebagai negeri pertanian utama.
01:19Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek tanaman bawang peringkat negeri Kelantan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan TKPM Telung Bacok pada Khamis.
01:30Hadis sama eskor pertanian industri agromakanan dan komedi di Kelantan, Datuk Tuan Muhammad Saripudin, Tuan Ismail dan pengarah pertanian negeri, Nur Bahani Zakaria.
01:39Kita baru memulakan projek penanaman bawang ini sebab sebelum ini kita bergantung kepada import bawang dari luar negara, dari India dan juga dari China.
01:51Jadi insyaAllah pada tahun 2030 hasrat kerajaan Malaysia, keberkantungan kepada bawang import itu kita akan kurangkan.
02:06Di mana kita akan hasilkan bawang dalam negara sebanyak 30%.
02:10Jadi kita doakanlah mudah-mudahan projek ini berjaya.
02:16Terima kasih kerana menonton!

Recommended