Kenyataan Muhyiddin jelaskan tiada rundingan kerjasama PN-GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berpandangan bahawa kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak kerjasama dengan gabungan itu sudah menjelaskan bahawa tiada sebarang rundingan atau perancangan untuk bekerjasama antara kedua-dua pihak, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen GRS berkata, kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu secara langsung menerangkan bahawa tidak pernah wujud cadangan untuk menjalin kerjasama antara GRS dan PN.
00:00Pendapat saya secara peribadilah, saya fikir GRS, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin kerana memudahkan urusan kita.
00:13Ini kerana apa? Pertama, secara langsung dengan kenyataan itu, beliau menjelaskan bahawa tidak ada rundingan atau kerjasama di antara kedua-dua pihak, PN dan juga GRS.
00:27Yang kedua, ia memudahkan kerja GRS kerana tanpa kita minta, nampaknya pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa menolak bekerjasama dengan GRS.
00:45Kalau GRS yang sebut, nampak kita angkuh dan sombong. Jadi, without asking, bila mereka yang sebut begitu, maka mudah kerja kita.
00:56Dan yang ketiga, saya melihat juga bahawa urusan GRS dengan sentimen ahli akar umbi kita bagaimana yang kamu tahu sekarang, sebelum ini, PN Sabah dan yang terbaru, PN pula.
01:17Maka mudah urusan kami orang untuk bagi saya yang penting adalah untuk kita melaksanakan ikhtiar, mendapat sokongan rakyat Sabah dan bukannya sokongan atau dokongan daripada mana-mana parti atau gabungan yang lain.
01:34Jadi, itu tiga perkara lah. Bagi saya, kita perlu ucapkan terima kasih lah kepada Tamsi Muhyiddin kerana membuat kenyataan tersebut.
01:43Kalau kita tengok ucapan-ucapan, ada disebut di sana. Kita yang angkat Haji Ji menjadi wakil rakyat. Kita yang angkat Haji Ji menjadi ketua menteri.
01:56Jadi, kenyataan-kenyataan begitu, saya melihat itulah sebabnya antara alasannya kita perlu untuk merintis perubahan bagi negeri Sabah ini.