Tragedi Sungai Korok: 'Sebak bila lima keranda diturunkan, terfikirkan bayi enam bulan'
Suasana malam di pekarangan Masjid At-Taqwa di Jerlun pada malam Isnin lalu dipenuhi rasa hiba, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Sebaik sahaja pintu van jenazah dibuka, satu persatu keranda diturunkan, membawa jasad enam sekeluarga yang maut dalam tragedi di Terusan Sungai Korok Jitra.
Menceritakan kembali suasana pada malam tersebut, Setiausaha Masjid At-Taqwa, Mhd Shukri Hassan berkata, lebih 500 orang telah memenuhi masjid sejak jam 8.30 malam.