Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738139/berita/politik/titah-adendum-sah-umno-mohon-tahanan-rumah-najib-dilaksana

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AsyrafWajdi #NajibRazak #TitahAdendum #AGC
Transcript
00:00UMNO merakamkan rasa syukur kepada Allah SWT
00:04sesulan pengesahan kewujudan titah adendum oleh Jabatan Peguam Negara AGZ.
00:10Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Ashraf Wajidi Dusuki berkata
00:14kerana itu sekaligus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
00:22Dalam hal itu, UMNO merafat sembah memohon ampun dan ihsan
00:25kepada kebawah duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
00:28yang dipertuan agung agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak
00:35yang dipertuan agung berpandukan perkara 42-1 Perlembagaan Persekutuan.
00:41Pada rabu, AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa pihaknya tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum
00:47yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.
00:52Sebaliknya, Peguam Kanan Persekutuan Syamsul Bolhassan berkata
00:56AGC hanya mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah tersebut
01:01sebagai bukti baru dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Recommended