Suami isteri mengaku tidak salah tawar pakej haji tanpa lesen sah
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menawarkan pakej haji dengan menerima transaksi bayaran daripada seorang wanita berjumlah RM81,000 tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Mhd Lihan Sabari, 60 yang merupakan pekebun sawit dan Noor Nisrin Mahlim, 58, didakwa melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2)(a) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:00Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesen Seremban pada Rabu atas pertuduhan menawarkan pakej haji dengan menerima transaksi bayaran daripada seorang wanita berjumlah RM81,000 tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah.
00:15Tertuduh, Muhammad Lihan Sabari, 60 tahun yang merupakan pekebun sawit dan nonisrin mahlim, 58 tahun, tidak bekerja, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Muhammad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan.
00:27Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji dengan menerima bayaran sebanyak RM81,000 daripada seorang wanita tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah.
00:43Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di jalan besar kawasan hijau, mantin dekat nilai pada 4 Februari hingga 7 April 2025.
00:51Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27-1-A Akta Tabung Haji 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27-2-A Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:10Mahkamah menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 11 Ogos ini.
01:14Media sebelum ini melaporkan hasrat 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji berkecai apabila ditipu ejen haji tempatan dipercayai membabitkan seorang agamawan.