Hajiji sahkan Sidang DUN Sabah kali ini yang terakhir sebelum PRN
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengesahkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung selama dua hari ini merupakan yang terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN dan memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat kepada media dalam masa terdekat.