Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Seorang pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas satu pertuduhan atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan pada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

CEO Batu atau nama penuhnya, Muhamad Iqbal Muhamad, 22, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737969/berita/semasa/ceo-batu-didakwa-amang-seksual-tunjuk-gambar-aib

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesamangseksual #mahkamah #CEOBatu #KarnivalSiangMalam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pepengaruh dikenali sebagai CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Ampang pada Kamis
00:07atas satu pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan pada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun melalu.
00:17CEO Batu atau nama penuhnya Muhammad Iqbal Muhammad 22 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan hakim Nur Shila Kamaruddin.
00:26mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal itu dengan niat untuk dilihat oleh mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun 10 bulan
00:36di sebuah premis di Batu Kev pada jam 1.16 pagi 16 Mei lalu.
00:42Pertuduhan dibuat mengikut seksual 15-A-I Akta Kesalahan-Kesalahan Terhadap Seksual Kanak-Kanak 2017.
00:49Hakim Nur Shila membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang menganggu mangsa.
01:02Mahkamah menetakkan sebutan semula kes pada 14 Ogos depan.
01:06Polis sebelum ini mendedahkan perlakuan suspek terhadap mangsa dipercayai bermula sejak awal Melalu.
01:11Terdahulu itulah di media sosial beberapa kiriman mesis berbau lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh tersebut kepada remaja bawah umur berkenaan.

Recommended