Bangkai helikopter PDRM dinaikkan dalam masa terdekat – Komander PGU
Bangkai helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lalu dijangka akan dinaikkan dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Komander PGU Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Noor Sham Md Jani berkata, operasi berkenaan akan melibatkan bantuan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).