Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lelaki Korea dipenjara tiga bulan tinggal lebih masa

Seorang lelaki warga Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret George Town selepas dia mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Tertuduh, Jeon Eunjin, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738165/berita/semasa/lelaki-korea-dipenjara-tiga-bulan-tinggal-lebih-masa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #wargaasingtinggallebihmasa #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Seorang lelaki warga Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Magistret George Taung
00:06selepas dia mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negara ini.
00:12Tertuduh, Jain Yoon Jin, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah dihadapan Magistret Nadratun Naim Mohamad Saidi
00:19selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.
00:23Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 55 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Jun 2025
00:31kira-kira jam 12.30 hari di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
00:39Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja pembinaan di Korea Selatan
00:44didapati masih berada di Malaysia walaupun pas lawatan sosialnya telah tamat pada 10 Februari 2025.
00:51Ini bermakna tertuduh tinggal melebihi tempoh selama 90 hari tanpa sebarang alasan munasabah.
00:59Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15-1-C Akta Imigresen 1959-63
01:07dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15-4 Akta yang sama.
01:12Dalam perkembangan berkaitan, Jain turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan
01:17iaitu membuat laporan polis palsu pada Jul lalu.
01:21Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dengan sengaja membuat satu laporan polis palsu
01:26dengan niat supaya pihak polis menggunakan kuasa sah di sisi undang-undang
01:31untuk membuka kertas siasatan.
01:33Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah hari, 28 Jun lalu di tempat yang sama.
01:41Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Kesiksaan.
01:46Terima kasih telah menonton!
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended