Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 7/9/2025
Satu penemuan arkeologi penting berhampiran Fort Cornwallis di sini membuka lembaran baharu terhadap sejarah perang di Pulau Pinang apabila sepasang rel kereta api berskala sempit ditemui tertanam di bawah permukaan jalan moden, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Rel sepanjang lebih tujuh meter itu ditemui pada 26 Jun lalu semasa kerja-kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan pembaikan bahu jalan di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, bersebelahan 'bastion' barat laut kubu bersejarah tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737863/edisi/utara/rel-kereta-api-era-perang-dunia-kedua-ditemui-di-fort-cornwallis

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Georgetown #RelKeretapi #PerangDuniaKedua
Transcript
00:00Pembaikan Bahu Jalan di Jocelyn
00:30Pembaikan Bahu Jalan Tunsaid Syih Barakbah bersebelahan Bastien, Barat Lau, Kubu bersejarah tersebut.
00:36Ketua Menteri Chou Konyu berkata berdasarkan tulisan tertera pada rel berkenaan ia dibuat pada 1895 namun tahun ia dipasang di kawasan itu belum disahkan.
00:48Menurutnya ini bukan kali pertama laluan rel lama ditemui di kawasan berkenaan.
00:53Pada 2017 dan 2018 segmen serupa pernah ditemui di kawasan dalam Fort Cornwallis sendiri.
01:01Rasakan gambar udara dari World Office yang dikeluarkan pada 1945.
01:06Jajaran rel ini melingkari kawasan Fort Cornwallis dengan angkaran sepanjang 4 hingga 5 km.
01:12Kedua penemuan ini dipercayai merupakan sebahagian daripada sistem rel ringan yang digunakan bagi tujuan logistik ketenteraan sekitar era perang dunia kedua.
01:23Konyu menambah berdasarkan peta ketenteraan dan gambar udara sebelum tahun 1945 laluan rel itu dipercayai menghubungkan kawasan padang kota dan esplanet dengan pelabuhan di Persisi Timur.
01:36Serta digunakan untuk mengangkut bekalan seperti peluru, makanan dan bahan api ke gudang tentera termasuk dalam Fort Cornwallis.
01:44Menurutnya sistem rel tersebut dipercayai dibina sebelum pendudukan Jepun pada 1941.
01:50Namun digunakan secara intensif sepanjang tempoh perang pihak tentera.
01:55Tambah beliau penemuan ini membuka dimensi baharu dalam memahami sejarah Fort Cornwallis
01:59serta bakal menjadi satu tarikan pelancongan dan sejarah yang signifikan.
02:06Terima kasih telah menonton!

Recommended