Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Empat beranak bergantung hidup dengan wang pencen RM1,200

Empat beranak dari Rembau yang diuji dengan penyakit kronik dan masalah kesihatan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen sebanyak RM1,200 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian serta kos perubatan mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Rohani Mustafa, 69, berkata, suaminya, Latib Ibrahim, 70, merupakan pesara tentera namun diserang strok separuh badan sejak lebih sebulan lalu dan kini bergantung penuh kepada penjagaan di rumah selepas keadaannya semakin lemah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738330/edisi/melaka-ns/empat-beranak-bergantung-hidup-dengan-wang-pencen-rm1200

Muzik: Instrospection - Amsound dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebajikan #Rembau #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Empat beranak yang diuji dengan penyakit kronik dan masalah kesihatan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pensyen sebanyak RM1,200 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian serta kos perubatan mereka.
00:13Rohani Mustafa, 69 tahun berkata, suaminya Latif Ibrahim, 70 tahun merupakan pesara tentera namun diserang strok separuh badan sejak lebih sebulan lalu dan kini bergantung penuh kepada penjagaan di rumah selepas keadaannya semakin lemah.
00:29Lebih membebankan, anak lelaki mereka Muhammad Hafizi Latif, 41 tahun yang menghidap obesiti melampau dengan berat badan mencecah 200 kg, turut mengalami komplikasi kesihatan serius seperti darah tinggi serta sesak nafas dan kini sedang dirawat di hospital rembau.
00:46Disebabkan itu, anak perempuan mereka Amelia Latif, 40 tahun yang mengalami penyakit kulit dan kerap keluar masuk hospital itu, terpaksa menggagahkan diri berniaga nasi lemak serta kuih-muih secara kecil-kecilan demi kelangsungan hidup keluarga.
01:02Mak cik minta kan, kalau ada esan lah daripada kerajaan ni, mak cik minta lah bantuan anak mak cik ni tak berkerja, yang jantan tu.
01:12Dapat duit dia, ubat beli cair darah tu pun dah syukur.
01:16Kan, peksa dia, pak cik ke apa macam tu lah, bengkirnya 1200, dapat 200 dia makan.
01:25Itulah menyara keluarganya.
01:28Anak perempuannya yang sakit-sakit ni, berilah jual nasi lemak.
01:31Itu yelah, mak cik minta lah bantuan kalau dapat lah.
01:46Terima kasih kerana menonton!

Recommended