Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Lima ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada Selasa atas tiga pertuduhan memperdagangkan dua remaja dan seorang lelaki dewasa bagi tujuan eksploitasi kerja dan pemerdayaan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Bagaimanapun kesemua ahli sindiket berkenaan, Sham Chee Fei, 33; Kuek Pei Lin, 19; Lee Chun Kit, 28; Tommy Voo Tze Hau, 27 dan seorang tertuduh juvana lelaki berusia 17 tahun, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738782/berita/lima-ahli-sindiket-penipuan-seks-dan-pemerasan-seksual-diheret-ke-mahkamah

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! πŸŽ‰
πŸ“… 25–27 Julai
πŸ•˜ 9 pagi – 12 tengah malam
πŸ“ Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Sindiket

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Lima ahli sindiket penipuan seks dan pemerasan seksual dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Sisyen di Johor Bahru pada selasa atas tiga pertuduhan memperdagangkan dua remaja dan seorang lelaki dewasa bagi tujuan eksploitasi kerja dan pemerdayaan.
00:13Kesemua ahli sindiket berkenaan, Syam Chi Fei, 33 tahun, Kuik Peilin, 19 tahun, Lee Chun Kit, 28 tahun, Tamivo Ozehaw, 27 tahun dan seorang tertuduh juvana lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Talha Bacok Alayas M. Bok Mok.
00:34Mengikut pertuduhan, empat lelaki dan seorang wanita itu didakwa memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi kerja serta seorang lelaki berusia 26 tahun bagi maksud sama dengan cara pemerdayaan.
00:51Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Kulai antara 23 Mac lalu hingga 23 Mei lalu.
00:58Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum 5 tahun dan boleh dihukum sebab jika sabit kesalahan.
01:15Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Sama Dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
01:28Sementara itu, dihadapan Hakim Nur Azziati Jafar, Peilin, Zihau dan tertuduh Juvana mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan yang lain.
01:37Mereka didakwa mencapai niat bersama menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak terhadap dua mangsa remaja yang sama dalam bentuk video dan gambar.
01:45Bagi perbuatan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.
02:02Seorang lagi ahli sindiket, Abdul Rahufo Rahim Idris, 30 tahun mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menyuruh mangsa remaja perempuan berkenaan melakukan aktiviti bersifat seksual terhadap remaja lelaki terbabit.
02:17Sementara itu, Chunkit mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan mempunyai bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebanyak dua keping gambar dan dua video dalam telefon bimbitnya.
02:28Kesemua tertuduh kemudiannya dibenarkan ikat jamin dengan Cifei sebanyak RM15,000, Peiling RM30,000, Chunkit RM26,000, Zhe Hao RM35,000, Tetuduh Juvana RM20,000 dan Abdul Rahufo Rahim RM6,000.
02:45Mereka turut dikenakan syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
02:56Kedua-dua mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 13 Ogos, 14 Ogos dan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
03:15Terima kasih telah menonton!

Recommended