Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad akan memfailkan saman sivil berjumlah RM100 juta terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam masa terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, tindakan itu diambil selepas mendakwa dirinya serta keluarga teraniaya, khususnya susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan dirinya.