Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pemandu lori mengaku tidak bersalah beri rasuah RM100

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Johor Bharu pada Selasa, atas pertuduhan cuba memberikan rasuah berjumlah RM100 kepada seorang pegawai polis tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, P. Sattiasegar, 45, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737605/edisi/johor/pemandu-lori-mengaku-tidak-bersalah-beri-rasuah-rm100

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #rasuah #SPRM #RasuahPolis
Transcript
00:00Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat di Johor Bahru pada selasa
00:05atas pertuduhan cuba memberikan rasuah berjumlah RM100 kepada seorang pegawai polis tahun lalu.
00:12Tertuduh, P. Satyasegal 45 tahun membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Dato' Ahmad Kamal Arifim Ismail
00:19setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
00:23Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara rasuah memberi suapan iaitu
00:29wang tunai berjumlah RM100 kepada seorang korporal polis yang bertugas di bahagian
00:34Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.
00:40Perbuatan itu adalah sebagai dorongan kepada anggota polis berkenaan
00:44untuk melepaskan kelindan tertuduk iaitu seorang lelaki warga asing yang disyaki
00:49melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 Kurungan 4 Akta Imigresen 1959 Palang 63.
00:57Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan Padang Bola Jalan Pogong, Kampung Pogong di Segamat
01:02pada pukul 12.45 tengah hari 28 Ogos 2024.
01:08Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 Kurungan B Akta SPRM 2009
01:13dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Kurungan 1 Akta yang sama.
01:18Bagi pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun
01:24dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000
01:28mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
01:33Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000
01:36dengan seorang penjamin warga negara Malaysia
01:39dan menetapkan 20 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
01:48Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
01:52Terima kasih telah menonton!

Recommended