Pemandu Proton Satria didakwa tiada lesen, pandu melulu
Pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Seremban pada Selasa atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna lain, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Iskandar Abd Aris, 20, yang bekerja sebagai penghantar makanan dan juga pesalah muda membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Proton Satria secara melulu yang membahayakan orang awam pada Ahad sekitar jam 2 pagi.
00:00Pemandu Proton Satria yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan Persiaran Senawang,
00:05satu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat di Seremban pada selasa atas pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna lain.
00:14Tertuduh Iskandar Abdul Aris, 20 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan dan juga pesalah muda membuat pengakuan itu di hadapan Magistrat Saiful Sayoti.
00:24Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Proton Satria secara melulu yang membahayakan orang awam pada ahad sekitar jam 2 pagi.
00:34Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
00:48Tertuduh juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya 5 tahun.
00:55Timbalan pendakwa raya, Muhammad Zul Azrin Zainuddin memohon jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin.
01:01Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Nur Syairah Izzati Muhammad Nur memohon jumlah itu direndahkan kerana tertuduh telah kehilangan ayah sejak 10 tahun lalu dan seawal umur 20 tahun sudah bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan tidak menentu.
01:18manakala ibunya hanya berniaga kuih dengan pendapatan sekitar RM50 hingga RM80 sehari serta perlu menanggung 3 orang adik-beradik yang lain.
01:29Sementara itu, tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu yang sah.
01:35Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen dan laporan sosial.
01:47Sebelum ini, video berhubung kejadian tular di media sosial memaparkan kereta yang dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum terbabas di laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah perodua aksia.