CEO Batu didakwa lagi, kali ini kes simpan bahan lucah
Pempengaruh 'CEO Batu' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat, atas satu pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya, dua bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
CEO Batu atau nama penuhnya, Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
00:00Pempengaruh CEO Batu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Selayang pada Jumaat atas satu pertuduhan menyimpan video dan gambar lucah dalam telefon bimbit miliknya dua bulan lalu.
00:11CEO Batu atau nama penuhnya Muhammad Iqbal Muhammad Nur, 22 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Magistrat Chai Guan Ho.
00:20Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan dalam simpanan galeri telefon bimbitnya di Pejabat Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Gombak pada jam 11.39 pagi 22 Mei lalu.
00:35Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kurungan A Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 30 September depan.
00:44Pada Kamis, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menunjukkan kemaluan pada seorang remaja perempuan berusia 13 tahun Mei lalu.
00:56Sebelum ini, tulah di media sosial beberapa kiriman mesej berbau lucah yang didakwa dihantar oleh pempengaruh tersebut kepada remaja bawah umur berkenaan.