Warga asing tidak dibenarkan miliki lesen penjaja, peniaga kecil - Kor Ming
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan pendirian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak pernah membenarkan warga asing memohon, memiliki lesen penjaja atau peniaga kecil.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diutarakan ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun berkenaan dasar semasa KPKT berhubung kebebasan warga asing membuka perniagaan di Malaysia, khususnya dalam sektor peruncitan.