Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh baharu untuk status representasi pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut di Senawang, Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah memutuskan demikian selepas peguam, Johan Radzi memaklumkan masih belum menerima jawapan daripada pihak pendakwaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735709/berita/semasa/status-representasi-pemandu-honda-jazz-13-ogos-depan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pemanduhondajazz #keslanggar #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Mahkamah Magistrat Seremban pada Kamis menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh baharu untuk status representasi pemandu Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut di Senawang, Mac lalu.
00:12Magistrat Nurul Azwin Muhammad Talhah memutuskan demikian selepas peguam, Johan Radzi memaklumkan masih belum menerima jawapan daripada pihak pendakwaan.
00:21Proseding tersebut bagaimanapun berlangsung secara tertutup berikutan tertuduh yang berusia 17 tahun merupakan pesalah di bawah umur.
00:30Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15 tahun, Muhammad Aswari Lodpi, 16 tahun dan Aisyah Azim Abdullah, 17 tahun.
00:45Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:51Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 8.30 malam di Lampu Isyarat Jalan Persiaran Senawang I, Taman Matahari Haid, Senawang pada 6 Mac lalu.
01:01Bagi pertuduhan kedua, remaja lelaki itu didakwa tidak memiliki lesen memandu di lokasi dan masa sama.
01:07Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:15Bagaimanapun, pada proseding kes 23 April lalu, tertuduh tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan dan pada 21 Mei peguamnya memberitahu akan mengemukakan representasi.
01:28Sementara itu, pada proseding berlainan, Johan yang turut mewakili ibu tertuduh yang berusia 40 tahun memberitahu telah mendapat arahan anak guamnya itu supaya tidak memasukkan representasi.
01:39Justeru, beliau memohon tarikh perbicaraan dan mahkamah menetapkan pada 13 dan 14 Januari 2026.
01:47Mengikut pertuduhan, tertuduh pada tarikh dan di lokasi sama, sebagai pemilik Honda Jazz didakwa membenarkan anak lelakinya berusia 17 tahun memandu kenderaannya.
01:57Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39-5 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
02:09Terima kasih telah menonton!

Recommended