Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong dan kayu hoki, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, G. R. Hari Nathan, 29; S. Nantha Kumar, 37; dan M. Mathialagan, 34, bagaimanapun tidak mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735715/berita/semasa/tiga-sekawan-didakwa-cedera-lelaki-guna-pisau-pemotong-kayu-hoki

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kespukul #mahkamah #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Tiga rakan didakwa di Mahkamah Magistrat Seremban pada Khamis atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pemotong dan kayu hoki minggu lalu.
00:09Tertuduh J.R. Hari Nathan 29 tahun, S.Nanta Kumar 37 tahun dan M.Math Hialagan 34 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Saiful Sayoti.
00:23Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas J.Navintiran 30 tahun menggunakan senjata berkenaan.
00:32Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi di hadapan sebuah restoran makanan segera berhampiran nilai square, bandar baru nilai pada ahad lalu.
00:42Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
00:51Sementara itu, di hadapan Magistrat Nurul Sakinah Rosli, ketiga-tiga tertuduh dan mangsa, Navintiran turut didakwa menyertai suatu rusuhan serta memiliki pisau lipat, pisau pemotong serta kayu hoki yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian di lokasi dan waktu yang sama.
01:09Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
01:17Bagaimanapun, hari Nathan dan Navintiran mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan sebanyak RM2,500 seorang.
01:26Nanta Kumar dan Matyalagan pula mengaku bersalah dan masing-masing didenda RM3,000.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended